Tumblr Scrollbars

My Friend

Selasa, 24 November 2015

Gangster Love Story





Marwah hulur sekeping duit note berwarna hijau kepada cashier sebelum keluar dari 7E. Payung dikeluarkan dari beg galasnya sebelum dibuka.  Snack yang dibelinya dimasukkan ke dalam beg. Hujan, dingin. Malam itu memang malam yang dingin tambah-tambah lagi hujan lebat dengan angin yang kencang. Marwah kerling jam tangan, tepat pukul 10 malam. Langkah diatur menuju ke stesen bas.
        Ikutkan hati dia tak nak balik rumah papa tapi mama asyik desak dia untuk balik. Dia dah bosan kot dengan perangai papa yang asyik mengongkong. Sampai mama pun papa ceraikan suka hati dia je. Kesian mama. Hak penjagaan semua papa yang dapat, mama? Mama langsung tak dapat apa-apa pun.
            “Woi bangsat! Kau jangan nak lari. Pencuri!”
            Marwah terduduk pabila dirinya di rempuh dari belakang. Dahinya dah berkerut tahan kebas pada kakinya. Marwah dongak pandang figura yang rempuh dia, seorang lelaki dengan dahi bertepek dengan kapas berwarna putih. Bibirnya sedikit bengkak. Si lelaki berhoodie hitam menikam anak mata Marwah.
“Kau... asal kau tolak aku ha? Dah gila ke apa? Sakit kot.” Lelaki berhoodie hitam buang pandangan ke arah dua pakcik yang tengah tercungap-cungap mengejarnya dari tadi. Dia berundur setapak demi setapak ke belakang sebelum kembali berlari dengan beg bimbit yang dia peluk sebelum sembunyi di sebuah lorong gelap.
“Tak guna!” Jerit Marwah dengan keadannya dah basah kuyup. Dahlah mama halau dia dari rumah, sekarang apa? Kena tolak dengan lelaki tak guna tadi.  Dua pakcik mengeluh sambil bantu Marwah berdiri.
“Kamu ok?”
Marwah anggukkan aje. “Kenapa pakcik?”
“Budak tu, curi duit kedai kami. Tadi kami berdua tengah kira duit kedai, tiba-tiba dia datang katanya nak pinjam duit dari pakcik berdua ni tapi pakcik tak nak pinjamkan lepastu dia keluar. Lepas pakcik solat Isya, pakcik nampak dia dah zip duit-duit tu dalam beg. Pakcik kejarlah, berani betul dia tu.”
Pakcik berkopiah putih geleng-geleng. “Rezeki dia Suf. Tak pelah. Susah jugak budak-budak zaman sekarang. Tak pandai nak usaha cari duit sendiri,” bebel kawan pakcik yang jelaskan apa dah jadi. Marwah telan liur. Pahit. Serius dia sentap!
Cikgu Mariam pandang anak murid barunya dari bawah sampai ke atas. Macam samseng! Entahlah apa yang dia akan hadap lepas ni. Kalau aku tak fikir pasal tanggungjawab dan simpati aku tak akan terima kau masuk kelas akulah budak! Gumamnya sebelum atur langkah masuk ke kelas dibuntuti oleh si budak baru.
            “Cikgu nak kamu jangan bawa perangai lama dalam ni. Jangan jatuhkan reputasi sekolah. Faham tak ni?”
            Tiada response dari si anak murid yang tengah kunyah gula-gula getah. Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Cikgu Mariam geleng kepala sebelum masuk ke dalam kelas. Aku pun tak tahulah kenapa budak ni dapat masuk kelas sains, ajaib betul.
            Semua mata-mata pelajar mencerlung ke arah si pelajar baru. Dia orang saling bisik membisik bila nampak penampilan si budak baru yang serupa samseng. Dengan rambut pacak dengan dahi kena tampal dengan plaster. Baju tak masuk dalam seluar. Muka pulak tak usah dikata, bengis nak mampus!
            Cikgu Mariam pandang si budak baru. “Kenalkan diri kamu.”
            “Perlu ke nak kenalkan diri? Perkenalan tu penting sangat ke cikgu? Nanti-nanti cikgu lupa jugak kan nama anak murid cikgu ni? Cikgu ajar ramai pelajar kot. Cikgu hafal ke nama ni nanti?” Cikgu Mariam tercengang, sentap!
            “Cool gila do,” bisik Fisha kepada Marwah yang sedang ingat-ingat muka si budak baru. Bukan dia ke yang rempuh aku semalam?
            “Cool apanya? Kuang ajaq tau tak macam tu. Biarpun apa yang dia cakap tu ada betulnya,” jawab Marwah. Sufian toleh belakang.
            “Aku hairanlah kenapa dia boleh masuk kelas kita. Jatuh reputasi kelas 4 Sains 1 kita nanti kalau dia buat masalah. Tak nak aku, mintak simpanglah,” tambah Sufian. Fisha pukul bahu Sufian dengan botol mineral.
            “Kau, muluttt.” Sufian buat muka.
            Marwah ukir senyum bila si budak baru tarik kerusi kosong bersebelahan Sufian sebelum duduk. Sufian dah mencarut dalam hati. Damn it!
“Kau nampak budak baru tu tak?” Sufian kerut dahi sambil kunyah sandwich.
            “Kau nak sibuk kenapa?”
            “Cikgu Mariam suruh aku bagi surat ni untuk dia ha,” jawab Marwah sambil teliti sehelai kertas.
            “Mana aku tahu. Kau ingat aku ni penjaga dia?” Marwah buat muka. Tak guna punya Pian.
            Marwah tanya rakan sekelas lain yang tengah rehat di kantin, di library dan di kerusi-kerusi batu tapi hampeh tak ada yang tahu ke mana budak tu pergi. Tiba di satu lorong belakang sekolah, senyum Marwah ukir. Gotcha!
            “Hai!” Sapa Marwah sambil senyum.
            Si budak baru tak ambil peduli. Kepul-kepul asap dihembus sambil bersandar di belakang dinding.
            “Dekat sekolah tak boleh merokok, lagipun merokok kan berbahaya,” si budak baru masih diam. Marwah rampas rokok dari si budak baru.
            “Kau nak apa?”
            “Nama kau Raqib eh?”
            Raqib kerut dahi. “Kau nak sibuk pehal?”
            “Aku ketua kelas kau, Marwah.”
            “Ada aku kesah?” Raqib tunjal dahi Marwah seraya rampas semula rokoknya.
            “Kau rempuh aku semalam, kau mencuri tapi kau buang duit untuk beli benda ni? Apa ni?”
            “Eh suka hati akulah. Kau nak sibuk pasal aku pehal? Aku tak ada kena mengena dengan kau kan? Cepat cakap kau nak apa dari aku.”
            Marwah mengeluh sebelum hulur surat kepada Raqib, Raqib sambut. “Dah berhambus.”
            Marwah menurut. Memang patut kau tak ada kawan, tak guna!
            “Wooo... kau sape? Berani siak nak curi tempat kita orang.” Raqib diam. Marwah toleh belakang pandang tiga figura yang tengking Raqib. Damn it! Hari pertama kau kat sini kau dah kena hadap geng tiga durjana.
            “Sam tanya kau. Tak boleh jawab?”
            “Eh budak ni. Tangan aku dah gatal sangat dah ni.” Sam ramas penumbuknya.
            Kolar kemeja Raqib, Sam cengkam. “Kau sape?! Kau tahu tak ni tempat kita orang? Melainkan kau nak bayar cukai sebab curi tempat kita orang!”
            Raqib hembus rokok ke wajah Sam.
            BUK!
            Marwah tercengang, Raqib terbatuk-batuk sambil lekap tangan pada perut. Rasa senak dekat perut lepas kena tumbuk dengan Sam. “Sakitlah tak guna!”
            “Tak bisu rupanya!” Sam ketawa disambut dengan dua rakannya yang lain.
            “Tambah lagi Sam. Dia tak kenal kot kita sape,” tambah kawan Sam yang berbadan gempal. Sam ukir senyum sambil cengkam kolar kemeja Raqib.
            Marwah berundur setapak demi setapak ke belakang sebelum tangannya dicengkam kuat oleh J. Kawan Sam yang muka serupa penagih. “Nak ke mana Marwah? Nak lapor kat bapak kau? Ha?!” Jerkah J buat Marwah kaget.
            Sam pandang J. “Syaitan! Jangan jerit dekat princess akulah!” Pipi Raqib Sam tumbuk buat wajah Raqib terpaling ke kanan. Sam lepas Raqib dari cengkaman sebelum J ditolaknya kasar, tubuh Marwah dia peluk, erat. Marwah telan liur, kelat.
            “Lepaskan akulah, gila!” Sam lepas tubuh Marwah buat Marwah terduduk. Kaget. Dadanya dah berombak tahan marah. Aku tak boleh... tak boleh buat. Aku tak boleh lawan dia orang macam apa yang aku pernah lalui dulu. Sam tersenyum ke arah Marwah.
            Raqib gigit bawah bibir sebelum balas tumbukan Sam. Sam terduduk seraya tercengang. J dan Bob turut tercengang. Berani siak. Raqib duduk di atas badan Sam sambil tumbuk wajah Sam bertubi-tubi. “Masalah kau dengan aku je bangsat! Jangan tarik orang lain dalam masalah ni!”
            J pandang Bob, Bob pandang J sebelum dia orang lari tinggalkan perkelahian antara Raqib dengan Sam. Marwah dongak, pandang guru disiplin yang berpeluk tubuh. “Apa semua ni? Ha?!”
“Apa dah jadi?” Tanya Fisha kepada Marwah. Sir Felix seperti biasa, lambat masuk ke dalam kelas.
            “Raqib tu... tak seperti mana yang kau orang semua nampak. Dia tak melawan, tapi dia orang cucuk dia buat dia jadi macam tu,” jawab Marwah.
            “Kau ok tak?” Marwah angguk dengan soalan Sufian biarpun dia masih rasa shock lepas kena peluk dengan Sam.
            “Raqib! Kau boleh tak jangan buat masalah dalam kelas ni? Hari pertama kau dah burukkan nama kelas kita, kau tahu?!” Jerit Weng sebaik Raqib masuk ke dalam kelas. Raqib buat tak peduli sambil keluarkan buku dari dalam laci. Sufian terpinga-pinga, nak juga dia tanya apa yang jadi dalam bilik pengetua tadi.
            “Habislah, kelas kita dah tercemar dengan budak bermasalah,” suara-suara sumbang membingitkan keadaan.
            Sufian hulur sehelai sapu tangan kepada Raqib. Sapu tangan tak disambut. Raqib galas begnya sebelum keluar dari kelas. Marwah bangkit dari duduk. Sapu tangan milik Sufian dia ambil.
            Sufian pandang Fisha, Fisha pandang Sufian. “Pian... baik kau cepat.” Fisha ketawa. Sufian ketap bibir, sungguh dia sentap.
            “Raqib tunggu akulah dulu. Raqib!” Marwah tarik beg Raqib.
            Raqib toleh belakang. “Kau nak apa lagi?”
            “Bibir kau...” Raqib mengeluh, Sapu tangan dia sambar seraya lap darah yang masih tersisa di bibirnya.
            “Thank you... back up aku tadi.” Raqib senyum senget.
            “Jangan perasanlah. Aku tak nak reputasi aku jatuh sebab kena belasah depan kau je.” Marwah senyum.
            “Dahi kau kenapa?”
            “Gaduh,” ujar Raqib, senada.
            “Kau pindah...” bunyi dehaman buat Marwah mati kata. Tuan pengetua pandang Marwah dan Raqib silih berganti.
            “Sekarang apa? Nak bercinta dengan anak saya pulak? Baliklah, cerna fikiran tu dengan benda positif. Jangan nak bergaduh tunjuk lagak dekat sini je.”
            Raqib ketawa sinis. “Aku ada otak. Tak payah nak arah-arah aku, aku faham. Jangan risau, aku tak akan bercinta dengan anak kau ni.” Tuan pengetua mengeluh. Marwah pandang gerak langkah Raqib sampai Raqib hilang dari pandangan.
            “Papa tak benarkan kamu berkawan dengan manusia macam tu.” Marwah buang pandangan ke arah tuan pengetua.
            “Manusia macam tu? Dia ada nama papa. Papa sama je dengan yang lain, tak bagi dia peluang langsung!” Marwah naikkan suara. Tuan pengetua keluh panjang sebelum tinggalkan Marwah. Malas nak bertekak dengan Marwah dalam sekolah.
            Sebab aku dia kena gantung sekolah! Damn it! Kalaulah aku tak masuk campur.
“Cikgu! Tunggu kejap,” laung Fisha kepada Cikgu Mariam yang baru masuk ke bilik guru.
            Tangan Marwah dia tarik seraya membuntuti Cikgu Mariam.
            “Ye Fisha, Marwah. Ada apa yang cikgu boleh bantu?” Fisha buat isyarat mata dengan Marwah.
            “Cikgu ada alamat rumah Raqib tak? Contact number dia ke?” Tanya Marwah. Cikgu Mariam ukir senyum.
            “Raqib eh? Kenapa?”
            “Kita orang nak bagi dia nota-nota yang dia tertinggal,” jawab Marwah. Cikgu Mariam angguk seraya bangkit dari duduk. Fail pelajar di dalam almari dia belek-belek.
            “Contact number dia cikgu tak ada pula. Alamat rumah adalah, dia tinggal dengan nenek dia. Kesian jugak budak tu sebenarnya, bila kena gantung sekolah hari tu dia kata bapak dia dalam jail mak dia dah lama meninggal masa lahirkan adik bongsu dia. Dia tinggal dengan nenek dia je sekarang ni,” jelas cikgu Mariam.
            Tiba-tiba Marwah rasa ada satu aura bila Cikgu Mariam jelaskan keadaan Raqib. Kesiannya.
Nek Mah, opahnya Raqib muncul dari dapur sambil bawa sedulang minuman. Marwah bangkit dari duduk seraya sambut dulang yang Nek Mah bawa. “Susah-susah je Nek Mah. Kita orang datang sekejap je ni,” kata Cikgu Mariam.
            “Tak pe cikgu. Silalah minum sementara nak tunggu Raqib balik ni,” jemput Nek Mah. Marwah hulurkan tiga buah buku kepada Nek Mah.
            “Tak pelah Nek Mah. Saya kena balik awal ni, malam ni ada kelas tambahan. Nanti tolong bagi dekat Raqib eh.” Nek Mah sambut.
            “Nama kamu?”
            “Marwah.”
            “Cantik nama kamu.” Fisha buat muka bila Marwah dah sengih.
            “Saya minta maaf kalau cucu saya buat masalah cikgu. Dia baik budaknya cuma dia ada satu sikap yang kurang baik. Dia memang panas baran, suka gaduh. Tapi sekarang ni, dia dah jarang ikut budak-budak nakal lepak sana sini. Sekarang dia dah kerja part time dekat kedai buku,” jelas Nek Mah. Cikgu Maryam angguk. Anak muridku... cikgu akan bantu kamu.
“Raqib, ada bunga nak jumpa kau,” kotak berisi novel-novel baru Raqib letak di atas lantai.
            Sebuah novel dikeluarkan dari kotak lalu dimasukkan ke dalam rak buku. “Kau dengar tak ni? Ada bunga nak jumpa kau.”
            “Sape pulak bunga ni Alex? Kau tak nampak ke aku tengah busy ni.”
            “Budak baya-baya kau kot. Dia cun kot macam bunga.” Alex rampas novel dari Raqib. “Pergilah, dia nak jumpa kau. Kau tak nak, bagi aku. Mana tahu boleh jadi lauk aku nanti.”
            Raqib teruskan kerja. Dia mana kenal bunga yang Alex cakap ni, yang dia tahu dia nak kerja nak bayar hutang bapak dia yang tak guna tu.
            “Aku jadikan dia lauk eh malam ni, aku inform...” Raqib mengeluh.
            Alex ukir senyum. Tahu takut.
“Kau buat apa cari aku malam-malam ni? Tak ada kerja?” Marwah hulurkan buku latihan fiziknya kepada Raqib.
            Raqib sambut sebelum keluarkan rokok dari poket seluarnya. “Macam je esok pagi tak boleh bagi.”
            “Esok pagi? Esokkan ada sekolah,” ujar Marwah sambil ukir sengih.
            Raqib pandang Marwah dari bawah sampai atas. Rajin betul minah ni bagi buku dekat aku. Bodoh ke apa? Kepul-kepul asap di hembus ke wajah Marwah. “Kau tak takut ke kalau dia orang dapat cari kau?”
            “Cari aku? Sape cari aku?” Raqib ketawa, sinis. Puntung rokok dia pijak.
            “Aku tahu... kau sape. Kau sama je dengan aku. Sampah masyarakat tapi... kau beruntung sebab bapak kau pengetua sekolah.” Marwah telan liur. Pahit.
            “Apa maksud kau Raqib? Aku tak faham.”
            “Kau tak ingat ke aku sape?”
            Marwah bungkam.
            Raqib peluk tubuh sambil bersandar di belakang dinding. Bulan dia pandang. “Kau pernah gaduh dengan aku. Kau pernah belasah aku sampai kau kena gantung sekolah. Mana kau nak kenal aku dah, benda tu dah tiga tahun berlalu. Kau pernah buat musuh aku jadi lumpuh dan aku tahu adik dia nak balas dendam dekat kau.” Marwah pandang Raqib, Raqib pandang Marwah.
            “Kau... macam mana kau tahu?” Raqib ketawa. Marwah rasa jantung dia macam nak tercabut. Kaget!
            “Kan aku dah kata. Kau pernah belasah aku. Aku tak akan lupa tangan-tangan yang pernah pukul aku.”
            Marwah gigit bawah bibir. Habislah! Sufian je yang tahu pasal aku.
            “Dahlah, aku nak sambung kerja aku. Thank’s untuk buku ni.” Raqib tunduk di depan Marwah yang dah tercengang sebelum masuk ke dalam kedai. Nak sibuk lagi pasal aku... kan dah kena.
Sufian pandang Marwah. Entahlah apa dah jadi dengan Marwah hari ni, sepanjang hari diam memanjang macam isteri hilang suami. Cemberut aje. Ditanya mana dia nak jawab.
            “Kena huraikanlah soalan ni. Soalan dia tentang Islam di Asia Tenggara, bab ni kau power kan Marwah?”
            Fisha cebik. Aku cakap dengan patung rupanya.
            “Kenapa tak masuk kelas je? Ha? Dah pukul berapa dah ni? Tak serik lagi lepas dah kena gantung sekolah?” Suasana jadi dingin. Semua mata-mata pandang Raqib yang dengan selambanya duduk di sebelah Sufian. Cikgu Mike geleng-geleng. Darah tinggi aku macam ni.
            “Hai Raqib. Kau masuk group kita orang jelah. Cikgu suruh duduk dalam kumpulan,” pelawa Fisha.
            “Pompuan... kau ok tak?” Marwah pandang Sufian yang bisik ke telinganya. Marwah angguk.
            “Tak rosakkan group kau orang ke?” Sarkastik dari Raqib sambil pusing ke belakang.
            “Habis tu dah semua orang boikot kau.” Fisha ukir senyum. Nampak Sufian macam dah terima Raqib. Marwah masih fikir-fikir tentang apa yang Raqib cakap semalam. Dia akan mati ke lepas lumpuhkan manusia yang hampir rosakkan kakaknya dulu? Tapi dia buat macam tu untuk kakak tiri dia kot.
            “Marwah, tolong ambilkan buku-buku latihan kau orang atas meja cikgu,” arah Cikgu Mike. Marwah menurut.
            “Huraikan benda ni Raqib.” Raqib pandang Fisha.
            “Nanti aku datang balik, kejap je.” Sufian pandang Raqib yang membuntuti Marwah dari belakang.
“Tak payahlah. Aku boleh angkat buku-buku ni.”
            “Kau tak payah takutlah. Aku tak akan hebohkan. Kalau dia orang dapat kau pun, aku akan cuba lindung kau dari dia orang.” Marwah mati langkah. Raqib dia biarkan jalan di depannya.
            “Maksud aku. Aku tak akan biar kau buat benda tak guna. Tak ada faedah.” Marwah ukir senyum. “Aku dah kata, kau baik. Dia orang je fikir bukan-bukan pasal kau.” Raqib ukir senyum.
            Tanpa mereka sedar, Sam perhatikan tingkah Marwah dan Raqib di sebalik dinding. Kau tunggu, tolak cinta aku ye.
“Pian.” Sufian pandang Marwah yang ralit hiaskan kek.
            “Apa?”
            “Kau rasa... budak-budak tu cari aku lagi tak?” Sufian teguk air suam sebelum tunjal dahi Marwah.
            “Dah hampir empat tahun gila, mana dia orang nak cari kau? Lagipun penampilan kau dah berubah. Rambut kau dah hitam, tak ada dah rambut perang macam dulu. Kau dah lembut, muka kau dah manis. Mana dia orang nak kenal kau lagi. Kenapa?”
            Marwah mengeluh. “Raqib... dia tahu tentang aku.” Sufian tersedak.
            “Kau biar betul?” Marwah tumbuk bahu Sufian. Dah cakap lagi nak tanya.
            “Aku harap aku tak pernah lahir kat dunia ni Pian. Aku dah banyak susahkan orang, sakitkan orang. Aku susahkan parents aku. Aku biarkan mama aku merana, hidup sorang-sorang. Aku...” Marwah telan liur. Pahit.
            “Rasa ada baiknya aku mati je... kan?” Sufian ukir senyum.
            “Kau PMS eh?”
            “Pian!” Sufian ketawa.
            “Dah kau emo tak tentu pasal ni kenapa? Chill, kau dah berubah. Aku bangga dengan kau. Kau kena kejar cita-cita kau, buat parents kau bangga dengan anak dia ni ha.” Marwah senyum.
            “Thanks Pian.” Sufian ukir senyum.
Fisha sembam kepala atas meja bila kertas Add Math buat dia rasa nak gila. Nyawa-nyawa ikan betullah. “Sabarlah wei. Aku pun tak dapat apa yang aku harapkan,” pujuk Marwah sambil tepuk-tepuk bahu Fisha.
            “Sir, sape paling tinggi?” Weng cuba nak buat Sir Felix sebut namanya.
            Sir Felix ukir senyum. “Maaf Weng, kali ni bukan kamu. Raqib, dia beza sepuluh markah dari kamu.” Weng tercengang. Semua mata-mata pandang ke arah Raqib yang tengah tidur di atas meja.
            “Seriously? Sir mesti salah kira, kan?” Weng tak percaya. Budak macam Raqib kalahkan dia? Pecah rekod ni.
            “Tak Weng. Raqib dapat 90, lebih 10 markah dari awak. Terimalah kenyataanya Weng.” Weng mencarut.
            Marwah ukir senyum. Congrats dude!
“Kenapa banyak-banyak tempat, kau orang pilih tempat aku? Adik-adik aku bising kot.”
            Sufian paut bahu Raqib. “Sebab kita orang nak kau ajar kita orang add math dengan bio. Tak sangka samseng macam kau dapat A+! Pecah rekod kot.”  
            “Lagipun aku nak jumpa adik kau yang comel loteh tu,” tambah Fisha.
            Marwah bangkit dari duduk di kerusi batu saat Encik Rahim buat isyarat mata dekat dia. “Aku... tak boleh. Aku kena balik awal, sorry.” Raqib, Sufian dan Fisha pandang gerak langkah Marwah yang semakin hilang dari pandangan.
            “It’s ok. Nanti kita share apa yang kita study dekat dia.” Fisha cuba tenangkan keadaan.
Marwah tumbuk kuat pintu kayu di depannya tanda protes. Encik Rahim tak bagi dia keluar hari ni. Hari sabtu kot, dia dah janji nak study group dengan kawan-kawan lain. Puan Marina, ibu tirinya dah bertekak dengan Encik Rahim dekat luar bilik.
            “Abang... sampai bila abang nak kongkong Marwah macam tu? Ha?”
            “Tu untuk budak yang degil. Tak nak dengar kata.”
            Marwah gigit bawah bibir sebelum hempas tubuh di atas katil. Bantal dipeluknya erat sebelum pipinya terasa basah. Mama...
            “Papa dah kata, jangan kawan dengan budak samseng tu. Tapi degil.”
            “Buruk sangat ke perangai budak tu papa?” Sharina, kakak tirinya Marwah cuba bela Marwah. Encik Rahim merengus sebelum turun anak-anak tangga. Semua nak back up budak tak guna tu!
            “Mummy...” Sharina pandang Puan Marina, Puan Marina angguk.
“Bila kau nak bayar hutang bapak kau yang tengah meringkuk dalam jail tu?” Raqib diam. Nek Mah dan adik-adiknya Raqib dah ketakutan di dalam rumah.  Tambah dengan black out sebab tak bayar bil elektrik.
            “Aku tanya jawablah!”
            “Aku dah kata aku akan bayar tapi ansur-ansur. Kau tak nampak ke kita orang tengah susah sekarang ni?”
            Duit RM 200 di pijak oleh si lintah darat buat Raqib rasa nak belasah lintah darat dekat depan dia ni.  Ingat dia cari duit senang ke? “Kau bagi aku 200 Ringgit je? Ni je? Kau ada hutang 20,000 lagi kot!”
            “Aku tak ada duit kau faham tak!” Tengking Raqib.
            “Fine! Kau nak aku ajar macam mana nak bayar hutang? Huh? Malam ni aku ajar kau cara-cara dia,” kolar t-shirt Raqib dicengkam kuat. Raqib mengeluh.
            Masa-masa macam ni jugaklah dia orang cucuk aku. Aku penatlah gila! Tak guna!
Nek Mah pandang raut wajah cucunya yang tengah tidur nyenyak di ruang tamu sambil tuam pipi Raqib yang bengkak. Sofia, adik bongsu Raqib yang berusia lima tahun tiup lilin sebelum duduk berhadapan abangnya. Juntaian rambut Raqib, Sofia tiup buat Nek Mah ukir senyum.
            “Nenek?”
            “Ye Sofia.”
“Kenapa orang-orang jahat tu suka pukul abang?”
Nek Mah telan liur. Pahit. Nak diucap pahit sangat. Nek Mah usap rambut anak cilik itu.
“Sebab... abang Sofia nak jaga kita. Abang Sofia seorang je boleh jaga kita, tak ada orang lain dah,” jelas Nek Mah sebelum pandang wajah Raqib. Maafkan nenek nak, lahirkan ayah yang tak berguna untuk kau orang.
Perlahan-lahan Raqib buka mata yang terasa silau sambil lekap tangan ke ulu hati. Senak di ulu hati masih tersisa. Tangan Nek Mah di genggamnya erat. “Nenek... sakit. Sakit sangat,” adu Raqib seraya bangkit dari baring, segera Nek Mah bantu cucunya bersandar di belakang dinding.
Nek Mah selak t-shirt Raqib sebelum pandang Raqib semula. “Hari ni tak payah pergi sekolah. Kita pergi hospital eh?” Suara Nek Mah dah mula bergetar. Semalam, Raqib langsung tak lawan balik. Dia biar je diri dia kena pukul dengan tiga lintah darat di depan rumah.
“Tak boleh nenek. SPM dah nak dekat. Raqib kan dah janji dengan nenek. Nak study sungguh-sungguh, biar kita semua hidup senang. Raqib tak akan sia-siakan semua ni.” Nek Mah segera peluk erat tubuh Raqib. Tangisan Nek Mah kedengaran. Raqib ukir senyum paksa.
“Ha... abang buat nenek nangis.” Raqib ketawa.
“Cepatlah pujuk nenek,” tambah Sofia.
Raqib cubit pipi si anak cilik. “Eh dia ni... nak paksa-paksa abang pulak.” Sofia sengih.
“Hari ni aku boleh study group dengan kau orang. Papa aku outstation!” Ujar Marwah, ceria.
            “Kau boleh je study group dengan kita orang kalau Raqib tak ada. Papa kau memang anti sangat kan dengan Raqib tu.” Marwah angguk setuju. Entah apa salah Raqib dekat tuan pengetua tu.
            “Dia kata dia tak nak bagi kan, kau orang ingat kau orang hebat sangat ke nak buli macam ni? Ha?” Fisha pandang Marwah, Marwah dah berlari ke arah Weng yang tunduk sambil bahunya ditolak-tolak oleh J.
            “Kau nak sibuk pehal?” Sam cuba cucuk Raqib untuk gaduh.
            “Dia classmate aku. Kenapa? Ada problem?” Sufian yang baru keluar dari tandas tercengang. Raqib back up Weng? Impressive!
            Sam ketap bibir sebelum tumbuk pipi Raqib yang memang dah bengkak.
            Raqib mengeluh. “Sakitlah bodoh!”
            BUK!
            Fisha tercengang. Sufian tampar dahi. Weng tak rasa nafas sendiri. Marwah!
            Marwah cengkam kolar kemeja Sam lantas hempas kasar tubuh Sam di belakang dinding. Sam senyum senget dengan darah yang mulai mengalir dari bibirnya. “Bagilah aku lagi Marwah. Aku suka biarpun sakit.”
            “Kau memang tak guna! Kau ingat kau kuat sangat ke nak pukul orang sesuka hati kau? Jangan nak bawa keganasan kau dalam sekolah nilah! Bangsat!” Sam ketawa. Marwah genggam tangan kanannya sebelum hayun ke wajah Sam buat kali kedua namun ada tangan kasar buat dia terhenti.
            “Marwah. Kau dah janji dengan diri kau kan?” Bisik Sufian.
            “Lepaskan akulah Pian! Aku dah tak tahan dengan bedebah ni.”
            Aku nampak apa yang sepatutnya aku tak nampak... ke? Gumam Fisha bila nampak personaliti Marwah berubah. Marwah bukan lembut ke orangnya?
“Nasib baik cikgu tak nampak tau tadi. Kalau tak apa? Kau nak hadap muka papa kau macam dulu lagi? Kau dah lupa apa yang pernah jadi dulu?” Sufian tak habis-habis dengan bebelannya. Marwah dah berkali-kali mengeluh. Dia cuma tak suka tengok Sam buat sesuka hati dia je.
            Fisha hulur dua tin minuman kepada Marwah sebelum hulur kepada Raqib yang tengah berdiri menghadap tingkap. Raqib sekadar ukir senyum seraya sambut tin yang Fisha bagi. Fisha pandang wajah Raqib. Sehari dia tak perasan pipi kanan Raqib bengkak, yang dia tahu plaster yang ditepek di dahi je.
            “Kau fikir apa?”
            “Aku tengah fikir. Apa yang akan jadi dengan hidup aku lepas ni.” Fisha ukir senyum dengan jawapan Raqib.
            “Lepas habis sekolah kau nak sambung study lagi ke atau nak kerja?”
            Raqib kerut dahi bila rasa senak di perut makin bertambah sakit. “Aku nak sambung study... kot. Kau pulak?”
            “Aku pun. Aku nak jadi doctor, aku nak rawat ibu aku.”
            “Ibu kau?”
            “Ye. Ibu aku sakit.”
            Raqib pandang Fisha, Fisha pandang Raqib. “Ibu aku, dia ada barah otak. Dia dah tak lama, aku tahu tapi... doktor bukan tuhan... kan? Aku harap sangat ibu aku akan bertahan sampai aku dapat title doktor.”
            Raqib bungkam. Fisha ketawa bila suasana tiba-tiba jadi awkward. “Aku minta maaf.” Fisha geleng.
            “Raqib...”
            “Aku suka tengok kau senyum.” Raqib ketawa. Rasa lawak bila orang puji dia puya senyuman.
“Sape buat kau?” Tanya Sufian pada Raqib semasa dia orang berjalan kaki pulang ke rumah. Lepas study group tadi,  dia orang berdua minta diri awal sikit sebab ada kerja part time.
            “Maksud kau?”
            “Sape belasah kau sampai kau jadi macam ni? Muka kau bengkak. Kau tak banyak gerak hari ni. Nampak sangat kau tengah tahan sakit.”
            Raqib senyum senget. “Masalah aku. Tak payah masuk campur.”
            “Marwah tanya aku. Nanti aku nak jawab apa?”
            “Kenapa budak tu suka sangat masuk campur hal aku eh? Dia tak pandai penat ke?” Sufian mengeluh.
            “Dah budak tu suka dekat kau. Sometimes aku teringin nak jadi macam kau. Ada orang yang kita suka ambil berat tentang kita.”
            Raqib berdeham. “Kau suka Marwah?” Sufian pandang Raqib.
            “Aku suka, tapi dia suka dekat kau. Apa nak buat kan? Aku tak nak paksa dia untuk suka aku balik.”
            “Mana kau tahu dia suka aku? Mana kau tahu dia tak balas apa yang kau rasa untuk dia?”
            “Aku kenal dia dari darjah satu eh. Aku dah masak sangat dengan perangai dia tu. Kau tak perasan ke dia sanggup pergi rumah kau, jumpa kau malam-malam macam tu. Ingat aku tak tahu ke masa kau kena gantung sekolah tiap-tiap hari dia datang jumpa kau.”
            Raqib ukir senyum. “Kau senyum pehal? Kau suka dekat dia jugak?”
            “Aku just ingat benda yang tak sepatutnya aku ingat. Tak sangka... Marwah yang dulu dengan yang sekarang jauh beza. Lepas dia pukul aku dulu, aku rasa dialah satu-satunya minah yang berani sentuh aku. Sekarang... jauh beza. Lembut nak mampus!” Sufian ukir senyum. Aku dah kalah.
Mama ukir senyum sambil pandang anak gadisnya yang tengah melahap Carbonara yang dia masak. “Melahap sangat.” Marwah ketawa.
            “Marwah rindu sangat masakan mama. Tiga hari ni je, Marwah boleh tinggal rumah mama. Esok dah kena balik rumah papa. Nasib baik Marwah dapat keluarga tiri yang baik. Tak macam dalam citer Cinderella tu,” mama ketawa. Aduhai Marwah lawak sangat.
            “Mummy baik eh?”
            Marwah angguk. “Mummy tak macam mak tiri Cinderella. Kak Sharina pun tak macam kakak tiri Cinderella. Dia orang selalu jaga Marwah elok-elok. Sometimes... dia orang cuba pujuk papa supaya Marwah boleh tinggal dengan mama. Tak payah curi-curi macam ni.” Mama bersandar di belakang kerusi.
            Kena cerai dah tu hak penjagaan dia tak dapat. Apalah yang dia ada untuk pertahankan hak penjagaan. Salah dia juga, rapat sangat dengan pembantu peribadinya Encik Rahim sampai Encik Rahim salah anggap.
            “Dah fikir lepas ni nak buat apa?”
            Marwah pandang mama.
            “Kalau pun dah ada, nak ke papa terima apa yang Marwah impikan? Papa kan asyik nak Marwah ikut kehendak dia je. Stresslah macam ni.”
            Mama ukir senyum lagi.
            “Dah adalah ni?” Marwah sengih.
            “Marwah nak jadi doctor. Marwah nak buka satu klinik untuk orang-orang yang tinggal dekat pedalaman. Marwah akan rawat dia orang tanpa keluarkan sesen pun.”
            “Amboi, tinggi sangat cita-cita tu.”
            “Mestilah kena tinggikan cita-cita. Tapi tulah, nak ke papa terima cita-cita anak dia ni? Marwah nak kawan dengan sorang budak ni pun dia tak bagi,” rungut Marwah sambil teguk segelas air.
            “Tak cuba tak tahu kan? Cuba bincang dengan papa nanti. Kawan?”
            “Ada sorang budak baru masuk kelas Marwah, papa tak bagi Marwah kawan dengan dia.”
            “Lelaki ke pompuan?”
            “Lelaki. Cuma sebab prestasi budak tu dekat sekolah lama dia,  papa tak bagi Marwah kawan dengan dia. Dia baik kot, bertanggungjawab jaga nenek dengan adik dia, pandai pulak tu. Tapi entahlah kenapa papa tak bagi. Budak tu... macam Marwah jugak dulu. Tapi dia dah berubah apa.” Mama ukir senyum.
            “Seems that dia penting untuk kamu sampai nak sangat kawan dengan dia,” sarkastik dari mama.
            Marwah sorok senyum.
Raqib sambut sekotak buku yang Alex hulur. “Mangkuk. Kau ok tak?”
            “Tak payah sibuk hal aku. Buat je kerja kau.” Alex tunjal kepala Raqib.
            “Tak payah sibuk kepala tengkorak kau. Aku ni dah macam abang kau, gila. Dari tadi aku perhati je kau asyik mengeluh. Muka kau pucat. Kau sakit?” Raqib geleng sambil susun buku-buku ke dalam rak. Sakit jugaklah lepas kena terajang dengan lintah darat dua hari lepas. Masih terasa kot dekat sendi-sendi.
            “Alex...”
            “Apa?”
            “Kalau satu hari nanti ada benda buruk jadi kat aku. Kau tolong jagakan nenek dengan adik-adik aku eh.”
            “Apa kau mencarut gila? Sape nak bagi benda buruk dekat kau?”
            Raqib ukir senyum bila Alex dah naikkan suara. Cakap benda mencarut tengahari buta macam ni dah kenapa.
            Bibir Raqib ketap tahan sakit, bahang di pipi terasa. Sungguh tak guna punya lintah. “Dahlah aku nak sambung kerja. Gila aku macam ni, dengar kau asyik melalut je,” rungut Alex sebelum ke rak di hadapan Raqib. Alex ukir senyum bila nampak kelibat dua gadis yang menghampirinya.
            “Raqib... awek kau dengan kawan dia datang.” Raqib panggung muka. Damn it. Masa aku nak tertidur jugaklah minah ni datang.
            “Hai Raqib. Kita orang nak...” Fisha mati kata bila Raqib tiba-tiba terduduk di depan dia orang.
            “Kau kenapa, mangkuk?” Alex duduk mencangkung di depan Raqib.
            Raqib kerut dahi. Sakit gila! “Kita pergi hospital,” Raqib panggung muka pandang Marwah.
            “Aku tak nak.”
            “Kau boleh tak jangan degil. Dah dua hari aku perhati kau lembik macam ni.” Raqib mengeluh.
Sofia pandang Marwah tanpa kedip mata. “Kakak ni cantiklah. Nama kakak sape?”
            “Marwah.” Marwah senyum kelat. Orang kata kalau budak-budak puji tu memang jujur dari hati.
            “Kakak nak jadi kakak Sofia tak?” Fisha ketawa. Marwah kerut dahi.
            “Kalau kakak jadi kakak Sofia, mesti abang happy kan sebab ada kawan. Akak mesti tinggal dengan kita orang nanti,” tambah Sofia.
            “Maknanya apa tu Marwah? Adik dia dah mula suka dekat kau, siap suruh kau jadi kakak dia. Nak tinggal dengan kau pula tu.” Marwah sengih depan Alex yang jadi pemerhati dari tadi. Mangkuk punya kawan. Agaklah kalau ya pun.
            Alex usap kasar rambut Sofia. “Adik dengan abang jauh beza.” Marwah ukir senyum.
            “Kakak nak tinggal dengan kita orang tak?”
            “Sofia. Janganlah kacau kakak tu.” Fisha pandang Marwah, Marwah jungkit bahu.
            “Ni adik lelaki Raqib. Dia ni duk MRSM sekarang,” jelas Alex.
            “Nama saya Syukur.” Syukur hulur beg galasnya pada Sofia. Sofia tak sambut, tubuh Marwah dipeluknya erat. Marwah kaku.
            “Kakak...” Sofia panggung muka, pandang Marwah.
            Marwah usap lembut pipi Sofia. “Kakak, tolong jagakan abang Sofia eh. Kesian dia, semua orang tak suka abang. Semua orang suka pukul abang, buat abang sedih.”
            “Sofia...” Syukur tarik tangan Sofia.
            “Kakak akan... jaga abang Sofia,” bahang di pipi Marwah rasa. Nak leleh bila Sofia cakap macam tu.  Sofia ukir senyum.
            Nek Mah tahan air mata dari jatuh. Dari tadi dia dengar je celoteh cucunya. Tak nak dia menangis depan Raqib. Dia cuma rasa sebak bila Raqib dapat kawan-kawan yang prihatin. Bau minyak dah penuh dalam biliknya Raqib. “Dahlah nenek. Raqib dah ok.”
            Nek Mah geleng sambil sapu minyak pada abdomen Raqib yang lebam. “Kenapa kamu degil sangat? Teruk dah bengkaknya ni.”
            “Nanti kita kena keluarkan duit lagi nenek. Macam tak biasa.”
            “Tapi kali ni teruk sangat. Kita periksa jelah, mana tahu ada yang patah.” Raqib ukir senyum sebelum bangkit dari baring. Envelope dia hulur pada Nek Mah, Nek Mah sambut. “Untuk belanja kita bulan ni.” Nek Mah ukir senyum.
Apalah yang adik aku mencarut dekat minah tu.
Marwah ukir senyum bila nampak Raqib dekat kantin. “Kau dah sihat?” Raqib tak jawab soalan Marwah. Dua hari dia tak masuk kelas, dua hari tu jugalah dia rasa Marwah rendah-rendahkan dia.
            “Raqib aku tanya kot jawab...” Raqib bangkit dari duduk. Tangan Marwah dia tarik kasar sekali dengan plastik besar dan envelope. “Kau nak bawa aku pergi mana pulak ni? Dah nak masuk...” Marwah mati kata bila Raqib mati langkah di belakang sekolah, tempat pertama kali Marwah kenalkan diri dekat Raqib. Tubuh Marwah, Raqib hempas di belakang dinding.
            “Kau ni dah kenapa? Pagi-pagi nak emo tak tentu pasal. Mandrem?”
            “Kau tanya aku kenapa? Huh? Kau tu yang kenapa?! Aku tak minta simpati kaulah gila!” Bahu Marwah terhinggut, kaget. Tiba-tiba je Raqib tinggikan suara dekat dia.
            “Apa maksud kau? Aku tak faham.” Raqib baling plastik dan envelope ke wajah Marwah.
            Marwah tunduk. Anak patung yang dia beli untuk Sofia. Envelope berisi duit yang dia beri untuk Nek Mah. “Kau tak perlu bagi semua benda ni dekat keluarga akulah! Aku ada usaha, aku tak cacat. Aku boleh beli benda ni, aku boleh bagi duit dekat nenek aku tanpa minta dekat orang lain.”
            “Aku... aku cuma nak bantu je.”
            “Bantu? Pergi mampus dengan bantuan kau tu. Aku tak hinginlah ada orang bantu keluarga aku. Ye, memang kita orang miskin. Kita orang miskin harta tapi kita orang tak nak tagih simpati dengan orang lain. Aku tak sangka... kau rendah-rendahkan aku sampai macam ni sekali.” Marwah pandang wajah Raqib. Tangan dia genggam seraya cengkam erat kolar kemeja Raqib.
            “Kenapa kau ego sangat? Apa guna aku sebagai kawan kau ha? Aku tak pernah rendah-rendahkan kaulah! Kenapa otak kau tu beku sangat? Kenapa hati kau tu tertutup untuk terima orang lain dalam hidup kau? Ye... memang aku tak pernah rasa apa yang kau rasa tapi... sekurang-kurangnya aku nak bantu kau. Aku nak ringankan sikit beban kau biarpun beban dekat bahu kau tak tertanggung rasa beratnya. Aku kecewa sangat dengan sikap ego kau ni!” Raqib telan liur. Pahit. Pertama kali Marwah naikkan suara dekat dia. Perlahan-lahan tangan Marwah ditolaknya sebelum tinggalkan Marwah.
“Kau gaduh dengan Raqib ke?” Marwah panggung muka pandang Sufian.
            “Kau pehal nak sibuk?” Sufian sengih.
            “Dah seminggu aku tengok kau orang berdua dingin. Kenapa? Dia tolak cinta kau?”
            “Kau tak pernah kena belasah dengan aku kan Pian? Kau nak ke?”
            “Wooo... tak nak aku. Habistu?”
            Marwah geleng. “Tak tahu.”
            Wajah Sufian dah ada Question Mark besar.
Marwah masukkan buku ke dalam beg bila dia nampak Raqib masuk library. Fisha pandang Sufian. Sufian jugkit bahu. “Sorry... aku tak join kau orang hari ni. Bye.” Marwah galas begnya sebelum keluar dari library. Raqib pandang Marwah. Marwah pura-pura tak nampak.
            “Gaduh besar!” Fisha angguk.
            “Kau ada problem apa dengan Marwah do?” Baru je Raqib duduk di sebelah Fisha, Sufian tanya soalan yang buat Raqib rasa bosan. Dah dua-dua tak nak jawab.
            “Kau nak study ke nak sembang?”
            “Ala chill lah. Aku tanya je kan,” tambah Sufian. Raqib mengeluh.
            “Bab yang Sir Felix ajar tadi aku tak fahamlah.” Fisha alih ke topik lain. Tak betah aku nak tengok masalah cinta ni.
Encik Rahim perhatikan Marwah kuis makanan. Tak nak bertekak depan rezeki, tapi dia dah tak tahan tengok Marwah punya sikap.
            “Ingat makanan tu papa kutip dari tong sampah?” Marwah mencerlung Encik Rahim.
            “Makan. Jangan nak pandang-pandang papa macam tu.” Marwah menurut.
            “Sekolah macam mana? Masih kawan dengan budak tak guna tu lagi?”
            Marwah diam.
            “Papa tanya ni, jawablah!”
            “Budak tak guna yang papa sebut tu ada nama tau. Nama dia Raqib, bukan tak guna. Papa benci sangat dengan dia kenapa ha? Dia ada buat masalah dekat papa ke? Tak ada kan?!”
            PANG!
            “Kurang ajar! Sape ajar kamu kurang ajar macam ni?” Puan Marina sentuh bahu Encik Rahim. Marwah bangkit dari duduk, rasa kebas dekat pipi dia biarkan.
            “Papalah! Papa yang ajar Marwah kurang ajar macam ni. Semua benda nak kongkong Marwah. Marwah dah besar tahu tak, Marwah berhak nak kawan dengan sesiapa pun. Marwah berubah demi papa... tapi papa? Papa tak pernah faham pun apa yang Marwah rasa selama ni. Pernah papa fikir pasal Marwah? Tak... papa fikir pasal diri papa je. Papa tak pernah fikir yang Marwah rindu sangat dengan mama. Papa asyik nak Marwah buat apa yang papa rasa baik untuk diri papa je! Marwah penat! Marwah ni manusia biasa papa. Marwah bukan benda.” Puan Marina tercengang bila Marwah luahkan semuanya. Encik Rahim genggam tangan.
            Puan Marina bangkit dari duduk bila Marwah keluar dari rumah. Encik Rahim tangkas genggam erat tangan isterinya. “Abang... ni dah malam. Abang tak risau?” Encik Rahim diam. Otaknya dah ligat berfikir tentang kata-kata Marwah.
Marwah duduk di atas bangku sambil peluk kedua lututnya. Pipi yang basah dia biarkan. Entah apa lagi yang papa tak puas dengan aku. Aku dah ubah perangai aku, aku dah tak gaduh dia masih tak suka aku.
            “Woooo, gotcha you sweety.” Marwah panggung muka.
            Tercengang buat seketika waktu bila dia nampak manusia yang empat tahun kejar dia.
            “Hey chill. Okay, kita orang cuma happy tengok kau sihat macam ni. Tak rosak lagi eh,” tambah si lelaki bertatoo spider di bahu.
            Marwah bangkit dari duduk, sedia dengan kemungkinan yang akan jadi dekat dia.
            “Kau nak pergi mana? Kita orang tak habis lepak dengan kau lagi. Cool, kita orang nak borak-borak je. Temankan kesepian kau,” bahu Marwah Ah Cheng paut. Marwah lepas kasar tangannya seraya berundur setapak ke belakang.
            Ah Cheng ketawa, disambut dengan lima anak buahnya yang lain.
            “Kenapa kau nampak... takut?” Ah Cheng berjalan menghampiri Marwah.
            “Kau nak apa?”
            “Ah? Aku nak tuntut benda yang abang aku nak.”
            “Aku dah berhenti, aku tak suka keganasan. Tapi abang kau... abang kau yang cuba rosakkan kakak aku dulu.” Ah Cheng ketawa lagi.
            “Tapi kau buat abang aku lumpuh sial!” Ah Cheng hayun penumbuknya ke wajah Marwah, tangkas Marwah mengelak sebelum larikan diri. Gila ke aku nak berlawan lagi?
            “Kejar! Jangan biar dia terlepas lagi. Dah lama aku nak minah tu,” arah Ah Cheng.
            Nafas Marwah tercungap-cungap. Rambut yang dia ikat sanggul terlepas, sempat dia toleh belakang.
            “Bapak arh laju siak betina tu lari!”
            Berkali-kali Marwah ucap kata maaf bila dia terlanggar orang yang tak bersalah di kaki lima kedai. Tiba di satu lorong sunyi di belakang kedai, Marwah rasa semput buat lariannya mati sebelum dia ditarik di belakang kedai. Sunyi.
            Marwah cuba lawan tangan yang menekup mulutnya dari belakang. Rasa nak tercabut aje biji matanya bila nampak Ah Cheng dengan lima anak buahnya tengah melilau cari dia sambil mencarut.
            Pelan-pelan tangan yang tekup mulut Marwah dilepaskan bila Ah Cheng dah pergi jauh. Marwah toleh belakang seraya gigit bawah bibir. Dada dah rasa berombak lepas apa yang dah jadi. “Thank you.” Marwah ukir senyum pada Raqib sebelum tertunduk.
            Raqib jentik dahi Marwah. “Kau jangan nak menangis depan aku. Kau gila ke apa keluar malam-malam macam ni? Dah pukul 1 pagi kot. Kau nak jadi lauk Ah Cheng apa?”
            Marwah diam. Pipi yang basah sekali lagi dia biarkan.
            “Kau lari dari rumah?” Marwah angguk.
            “Kau dah bisu ke apa? Angguk geleng.”
            Marwah terduduk di depan Raqib sambil genggam kedua belah tangan. Bahu dah terhingut-hingut dengan bunyi esak tangis. “Aku stress... kau tahu tak. Aku... tak patut hidup dalam dunia ni. Aku susahkan ramai orang, aku anak tak guna untuk parents aku. Aku tak dapat penuhi kehendak parents aku. Baik... aku mati je. Aku penat.”
            Raqib duduk mencangkung di depan Marwah. Sapu tangan dia hulur kepada Marwah. “Sekurang-kurangnya, kau tak pernah rasa hidup susah. Kau tak payah hidup dalam ketakutan, kelaparan. Biarpun bapak kau suka kongkong hidup kau, kau kena faham dia buat macam tu untuk kau. Itu cara dia beri kau kasih sayang biarpun agak menyakitkan. Kau tak payah fikir tentang benda lain, kau cuma kena fikir pasal cita-cita dan impian kau je. Kau tak payah fikir hari ni kau boleh tak isi perut kau dengan makanan, kau tak payah fikir tentang tempat perlindungan kau.” Marwah panggung muka pandang Raqib. Raqib ukir senyum.
            “Kau tahu... lepas mak aku meninggal lima tahun lepas sebab pendarahan lepas lahirkan Sofia, perlahan-lahan aku cuba ubah diri aku biarpun ianya agak susah. Bapak aku cuma tunggu masa untuk ke tali gantung. Bapak aku... tak macam bapak kau. Bapak aku seorang pengedar dadah. Mulanya keluarga kita orang bahagia hinggalah syarikat kecil bapak aku bankrupt. Bapak aku mula berhutang dengan lintah darat. Bapak aku berubah jadi seorang bapak yang tak guna untuk anak isteri dia. Bapak aku jarang balik rumah, dia balik pun cuma nak duit. Nak lepaskan nafsu dia dekat mak aku. Dia jadikan aku tempat lepaskan marah dia. Bapak aku humban aku dekat dinding, pukul mak aku. Tapi... aku sedar biarpun aku dah hilang mak aku, aku masih ada adik-adik aku dengan nenek aku. Aku tak pernah penat dengan semua benda yang aku dah lalui biarpun, ia agak menyakitkan untuk aku. Kau kena teruskan hidup, kau kena tabah dengan segala ujian Marwah,” tambah Raqib.
            Pertama kali aku cerita semuanya dekat seseorang. Terima kasih... Marwah.
            Marwah bangkit dari duduk. Dia ketawa sebelum kesat lembut air mata dengan sapu tangan. Rasa lega bila Raqib bagi pesan khas untuk dia. “Kau hutang dengan aku.”
            “Hutang apa?”
            “Hutang masa. Aku nak balik kau tahu tak.”
            “Dah tu... macam mana aku nak bayar?” Polos Marwah bertanya.
            Aduhai Marwah! Kenapa aku rasa aku tak kenal kau malam ni do!
Encik Rahim pandang Raqib dari jauh. Sungguh Raqib buat dia  rindu wajah yang pernah singgah di hatinya dulu. Wajah iras-iras Raqib. Dengan kulit sawo matang, bibir merah, rambut hitam pekat.
            “Terima kasih ajelah hantar anak saya balik.”
            “Sama-sama.”
            “Kau orang bercinta?” Soalan apakah?
            “Saya tanya ni, jawablah.”
            Raqib geleng. “Betul?”
            “Ye cikgu. Saya dengan Marwah tak ada apa-apa pun.”
            “Kamu suka Marwah?”
            “Saya cuma suka dia sebagai kawan saya, tak lebih.”
            Encik Rahim angguk faham. “Kalau kamu buat hal dekat sekolah, jangan harap kamu boleh jumpa anak saya lagi.” Raqib ukir senyum.
Sam senyum senget lepas dia bagi tahu tentang Marwah dekat Ah Cheng. Ah Cheng senyum puas. “Buat dia malu sekalilah Cheng. Biar dia kena buang dari sekolah, berlagak baik sangat kan.” Sam tepuk bahu Ah Cheng.
            “Kau pun nak buat dia susah ka?” Tanya Ah Cheng, pelat cinanya jelas kedengaran.
            “Dia tolak cinta gua. Dia malukan gua dekat semua orang. Ha nilah akibatnya, aku dah penat Cheng. Dia lebih pilih itu budak miskin dari gua yang punya segala-galanya.” Ah Cheng ketawa.
            “Ah masalah cinta ya?”
            “Dah tahu takkan nak tanya lagi?” Sam teguk minuman dengan rakus.
            “Aku macam tak percaya, kau ada masalah cinta dengan betina tu? Kau tak kenal dia sape?” Sam pandang Ah Cheng.
            “Kenallah, dia anak pengetua dekat sekolah gua.” Ah Cheng ketawa lagi.
            “Tu je yang kau tahu?” Sam angguk.
            “Dia delinquent girl dulu. Hidup dia penuh dengan keganasan. Sampai abang aku lumpuh dibuatnya.” Sam tercengang.
            “Kenapa? Tak percaya? Dia pura-pura jadi lembut je sebab nak ubah diri dia. Ya, memang dia boleh ubah diri dia tapi boleh ka dia buat abang aku jadi normal semula? Dia pukul abang aku sampai lumpuh kau tahu. Abang aku terseksa sebab dia, sekarang masa aku untuk balas dendam dekat dia pulak,” tambah Ah Cheng. Sam telan liur. Pahit.
            My princess dalam bahaya!
            Alex yang curi dengar dari tadi segera keluar dari pub. Bunganya Raqib ada masalah besar!
“Kau tak nak cofess dekat dia ke wei?” Marwah tersedak air bila Fisha tanya soalan gila.
            “Apa kau mencarut do?” Fisha kunyah gula-gula kapas sambil pandang Raqib yang berjalan di depan dia orang. Sungguh senyuman, tawa Raqib buat Fisha rasa nak cubit-cubit.
            “Bukan kau suka dekat dia ke?” Tanya Fisha. Marwah pandang Raqib.
            “Tak. Sape kata aku suka dia?” Fisha pandang Marwah, Marwah pandang Fisha. Fisha ukir senyum.
            “So aku boleh confess dekat dialah? Tup... tup confession aku terbalas. Kan?” Fisha jungkit-jungkit kening. Marwah senyum paksa. Aku akan terlepas ke?
            “Marwah... jom pergi rumah hantu,” ajak Sufian.
            “Marwah je kau ajak? Kita orang?”
            “Aku belanja kau orang ok. Suka hati akulah, kan Marwah?” Marwah sengih.
            Fisha buat muka. “Kau orang berdua je yang ketiga tu syaitan tahu tak?” Rungut Fisha. Sufian cebik.
            Raqib ukir senyum. Complicated betul cinta ni.
Marwah tongkat dagu sambil perhatikan Raqib yang tengah pasang keychain pada zip beg galasnya. Dah tu girly nak mampus. Teddy bear warna pink.
            “Kalau kau sedih, kau pandang je natang ni. Aku dah jampi-jampi dah semalam.” Marwah ketawa.
            “Thank you.” Raqib angguk.
            “Adik aku ajak kau datang rumah. Kau boleh kan? Jaga adik aku sementara aku pergi kerja? Nenek aku masuk hospital semalam.”
            “Nenek kau masuk hospital? Sebab apa?”
            Raqib bersandar di belakang kerusi. “Dia kena serangan jantung.”
            “Habis tu sekarang dia macam mana? Dia ok tak?” Raqib ketawa.
            “Kau kalut sangat ni kenapa? Dia dah stabil, tapi tulah dia kena duduk hospital dulu.” Marwah hembus nafas lega.
            Seketika kemudiaan suasana sunyi.
            “Cheng masih kejar kau?”
            “Aku takut dia cabar sabar aku. Aku tak nak buat benda-benda ni lagi.”
            Raqib peluk tubuh sambil main kuku. “Kau bukan pernah kata dekat aku ke? Apa gunanya seorang kawan kalau dia tak bantu kawan dia?” Marwah ukir senyum, cuba fahamkan ayat Raqib.
“Raqib, bunga kau dalam bahaya, masalah besar!” Alex tepuk bahu Raqib.
            “Ah Cheng?” Alex angguk.
            “Kau tahu tak, Ah Cheng tu sekarang kena buru dengan polis sebab kes bunuh dan dadah?” Tangan Raqib nak letak kotak di atas almari sambil berdiri di atas tangga mati.
            “Tak lawak, gila.”
            “Sebab tu aku kata bunga kau dalam bahaya, masalah besar. Ah Cheng bukan Ah Cheng yang dulu kau tahu.”
            “Kau dapat benda ni dari mana?” Raqib turun dari tangga.
            Alex sengih. “Aku tak sengaja terdengar je dekat pub.”       
            Raqib tumbuk bahu Alex. “Kau tak ada kerja? Pergi tempat macam tu.”
            “Aku bosanlah, kau oklah ada bunga ambil berat tentang kau.”
            “Kepala otak kau! Tak habis-habis kata minah tu bunga aku.” Alex ketawa.
            Tiba-tiba Raqib nampak Syukur yang tengah tercungap-cungap ke arahnya. “Apa kau nak budak?  Tak balik asrama lagi kau dah kenapa? Esok...” Syukur tarik tangan abangnya keluar dari kedai.
            “Kau kenapa, gila?” Raqib lepas tangannya kasar. “Dia orang datang lagi, tadi aku tertinggal buku fizik aku, masa aku nak masuk rumah aku nampak dia orang tengah selongkar rumah kita.”
            Raqib mengeluh. Damn it! “Alex!”
            “Apa?”
            “Aku ada emergency. Nanti bagi tahu dekat bos aku balik awal.”  Raqib segera berlari ke rumahnya.
            Alex tepuk bahu Syukur. “Bagi tahu bos kita orang, kita orang ada emergency. Hal hidup dan mati.” Syukur tercengang. Alex membuntuti larian Raqib dari belakang.
            “Mangkuk! Kau tak payah masuk campurlah!” Laung Raqib.
            “Diamlah gila! Aku dah lama tak main benda ni.”
            “Mangkuk tak guna!”
Sofia peluk erat tubuh Marwah. “Budak tak guna tu mana?! Tak reti jawab ke ha?”
            “Aku tak tahu. Kau tak faham ke?!” Si lintah darat tendang kuat pintu bilik sebelum tarik kuat rambut Marwah. “Aku tak nak berkasar dengan perempuan tapi kau? Kau sape? Kekasih budak tak guna tu? Baik aku jual je kau, dapat jugak dia bayar semua hutang bapak dia yang tak guna tu.”
            Sofia pukul-pukul pinggang si lintah darat yang tengah hempas kepala Marwah ke dinding. “Jangan sakitkan kakaklah!”
            “Diamlah tak guna!” Tubuh cilik Sofia ditolaknya kasar, Sofia terduduk. Marwah dilepasnya kasar. Marwah sentuh dahi yang terasa perit, benda merah mengalir dari dahinya. Marwah rasa tak larat nak bangun lagi. Sofia dah menangis teresak-esak.
            “Sofia...”
            “Diam aku kata!” Tubuh Sofia digoncang-goncang. Marwah cekap peluk erat tubuh Sofia sebelum belakangnya dipijak oleh si lintah darat yang semakin mengganas. “Kakak...” Marwah senyum paksa.
            “Ke tepi. Aku nak budak ni je!”
            “Aku tak akan biar kau sakiti dia orang lagi.”
            Si lintah darat dan dua orang anak buahnya ketawa jahat. Suka tengok orang kena seksa. “Kau jangan nak jadi hero untuk keluarga tak guna ni.”
            “Kau tu yang tak guna!” Jerit Marwah sebelum dia cuba bangkit dari duduk. Kau kata dia orang tak guna?
            “Kita orang tak nak buat benda buruk dekat kekasih si tak guna tu. Tapi... sebagai kekasih dia yang nak sehidup semati dengan dia mesti kau nak tengok orang yang kau cinta tu hidup tanpa masalah kan? Kau nak tengok dia hidup lagi tak? Soalan bodoh pulak. Mestilah nak... kan? Apa kata kau ikut kita orang, ganti diri kau supaya dia boleh lunaskan hutang-hutang dia atau... kita orang ajar dia lagi cara-cara nak bayar hutang.” Marwah tepis tangan si lintah darat yang dah merayap di pipinya.
            “Garang. Tapi... nice.”
            “Jangan sentuh akulah, bodoh!” Marwah tendang ulu hati si lintah darat buat dia terduduk. “Kau orang tunggu apa lagi?! Bawa perempuan ni!” Tangan Marwah dicengkam erat oleh dua orang anak buahnya, Marwah tangkas melawan sebelum si lintah darat kembali bangun.
             “Kau paksa aku berkasar!” Tangan di genggam sebelum dihayun ke wajah Marwah tapi ada tangan halang penumbuk dari terkena wajah Marwah.
            “Kalau kau buat aku, aku biarkan je. Tapi... kalau kau nak buat orang yang tak bersalah aku tak boleh biar!” Sofia peluk Marwah sekali lagi. Tak pernah dia nampak Raqib jadi agresif macam tu sekali. Alex tarik tubuh Raqib yang tengah sepak tubuh si linta darat sebelum empat orang anggota polis masuk ke dalam rumah.
            “Kau dah gila ke apa? Kau nak pukul dia sampai dia mati baru kau nak puas hati?” Bisik Alex. Nafas Raqib turun naik.
            Raqib pandang Sofia sebelum pandang Marwah yang dah bersandar di belakang dinding. “Marwah... aku minta maaf.”
            Marwah buat thumbs up sambil senyum. “Aku ok, kau dah bebas!” Raqib ukir senyum.
            Marwah...
Marwah sentuh dahinya yang dah bertampal dengan kapas putih sambil belek-belek teddy bear yang Raqib bagi. Apa maksud dia?
            “Marwah. Turunlah, makan.”
            Marwah pandang Sharina yang tengah bersandar di belakang dinding.
            “Seems that teddy bear tu penting sangat untuk Marwah.” Marwah ukir senyum.
            “Si pemberi tu kata dia dah jampi-jampi benda ni. So, kalau Marwah rasa sedih, sedih tu akan hilang.” Sharina ketawa.
            “Akak minta maaf kalau akak dah buat kamu susah.”
            “Apa akak mencarut ni?”
            “Pasal benda tu... kawan kakak kata kamu kena kejar. Kalaulah kakak tak balik lewat...” Marwah pegang erat tangan Sharina buat Sharina mati kata.
            “Takkan Marwah nak tengok kakak Marwah rosak... kan? Marwah ok.” Sharina ukir senyum sebelum peluk erat tubuh Marwah. “Kakak minta maaf sangat-sangat.”
            “Dah... jom kita turun dan makan.” Marwah ubah topik.
Ah Cheng perhatikan empat orang pelajar sekolah yang tengah study dari dalam kereta. “Dah sedia?” Tanya Ah Cheng pada anak buahnya yang berada di dalam van.
            “Bila-bila masa je. Kita orang tetap dah sedia.” Ah Cheng ukir senyum senget.
Fisha pandang Marwah yang serupa cacing. “Kau kenapa?”
            “Aku rasa tak sedap hati.”
            “Kau nak balik?” Tanya Sufian.
            “Nak balik? Kita baru je duduk.”
            Marwah tunduk, baca buku Sejarah tapi makin tambah tak sedap hatinya.
            “Hai guys!” Marwah panggung muka, Ah Cheng tengah senyum ke arah mereka. Sufian telan liur, Fisha tercengang. Raqib mengeluh, kasar.
            “Aku harap ni masa yang sesuai untuk buat perhitungan... Marwah. Lihatlah keadaan sekolah ni, semua budak dah balik. Tengok kau orang, kesian. Hidup sebagai pelajar, kena kejar impian. Sungguh nostalgik!” Sarkastik dari Ah Cheng sambil ketuk kayu baseball di atas simen.
            “Cheng! Ni ha budak tak guna ni. Nak cuba halang kita.” Sam dibaling di atas meja batu. Lantas Fisha dan Sufian bangkit dari duduk. Kaget!
            Sam dengan wajah yang dah bengkak dibantu oleh Sufian. “Tu baru sikit tau Marwah. Aku tak bagi yang betul-betul punya lagi. Kau nakkan jadi macam abang aku?” Marwah ketap bibir.
“Pian... bawa Fisha dengan Sam dari sini,” bisik Marwah kepada Sufian.
            “Raqib... kau tak payah sibuk hal aku. Ni masalah aku dengan dia orang kau tak ada kena mengena,” tambah Marwah.
            “Kau dah gila ke apa Marwah? Dia orang ramai kot. Kau nak jadi lauk? Ha?” Marwah pandang Raqib.
            “Please... ikut cakap aku. Kali ni je... sebagai ketua kelas kau.”
            “Kau fikir pakai otak sikit tak boleh ke perempuan?”
            “Aku dah fikir pakai otak aku Pian.” Sufian menjeling Marwah. Sungguh Marwah serius.
            “Ah Cheng!” Laung Marwah.
            Fisha pandang Sufian dan Raqib silih berganti. Siapa sebenarnya Marwah? “Kau orang... takkan nak biar Marwah macam tu je.” Fisha rasa bahang di pipi.
“Tuan pengetua!” Cikgu Mariam tercungap-cungap masuk ke dalam pejabat tuan pengetua.
            Encik Rahim panggung muka. “Ada apa cikgu? Macam nampak hantu je?”
            “Marwah! Marwah bergaduh dengan samseng!” Encik Rahim bangkit dari duduk sebelum menuju ke luar perkarangan sekolah. Cikgu Mariam membuntuti dari belakang sambil buat panggilan polis.
            Marwah! Apa pulak yang kamu buat kali ni!
            Sementara dia luar perkarangan sekolah, nafas Marwah dah tercungap-cungap. Hampir lima minit dia bagi serangan bertubi-tubi dekat Ah Cheng dan anak buahnya yang lain. “Marwah tu sape sebenarnya? Kenapa dia kuat sangat?” Tanya Fisha pada Sufian.
            “Kalau aku bagi tahu kau... kau nak ke kawan dia lagi?
            “Mestilah aku nak kawan dia, aku akan terima apa je tentang dia,” jawab Fisha. Jujur.
            “Dia tak seperti mana yang kau nampak sebenarnya. Inilah, Marwah yang sebenarnya. Penuh dengan keganasan. Tapi sekarang... dia dah berubah. Berubah ke arah yang baik,” jelas Sufian sebelum pandang Raqib yang berdiri membelakangi mereka. Fisha tercengang.
            “Cukuplah Cheng! Aku tak nak ada lagi yang tercedera,” pujuk Marwah. Ah Cheng bangkit dari baringya sambil tahan senak di ulu hati. Kayu baseball disambanrya dari anak buahnya yang dah terbaring tak berdaya.
            “Tak guna!” Marwah tendang kayu baseball lantas kayu baseball terlepas dari genggaman Ah Cheng.
            Marwah lap peluh yang mengalir. Lengan yang terhunus dengan pisau dia sentuh, perit dengan luka yang dalam.
            “Kenapa susah sangat kita orang nak lawan kau ha?!” Laung seorang anak buah Ah Cheng sebelum bangkit dari baring.
            “Marwah!”
            Marwah terduduk bila tubuhnya ditolak kasar sebelum kerut dahi. Siku yang luka dia pandang.
            “Shit! Jangan masuk campur hal akulah gila!” Marwah panggung muka sebelum telan liur. Pahit.
            “Raqib...” Marwah segera hampiri Raqib sebelum pangku kepala Raqib di atas ribanya. Darah yang mengalir dari baju Raqib, Marwah pandang. “Aku dah kata... jangan...” Pipi Marwah basah lagi sebelum air matanya jatuh ke pipi Raqib. Raqib kerut dahi sambil genggam erat kemeja putihnya. Sungguh sakit lepas kena tikam.
            “Jangan masuk campur hal aku.” Encik Rahim tercengang. Bunyi siren polis Marwah tak ambil kisah. Dia tahu dia kena pergi balai sebab kes ni. Tapi...
            Raqib ukir senyum paksa. “Aku... kau dah lupa... aku dah kata... aku akan.... lindung kau dari... dia orang. Aku pernah... cakap... kan?” Suara Raqib sayup-sayup kedengaran sebelum dia tutup mata.  Marwah ketap bibir.
Renai-renai hujan buat suasana kelas jadi dingin. Sir Felix pandang tempat duduk Raqib yang dah hampir dua minggu kosong. “Commonlah kau orang, semua nak down ni kenapa? Chill okay, SPM tinggal dua minggu je lagi. Nak sedih-sedih buat apa?” Suara sumbang mula kedengaran.
            “Entah... tu akibatnya suka buat masalah. Tunjuk perangai tak senonoh kan dah kena,” tambah satu lagi suara sumbang.
            Weng ketap bibir sebelum bangkit dari duduk. “Kenapa kau orang tak suka dia ha? Dia tak macam apa yang kau orang nampaklah. Kau orang tahu tak, dia tu cuba lindung kita semua dari benda buruk.”
            “Ala, kau bukan benci dekat budak tu ke?”
            “Memang dulu aku tak suka dia tapi... dia buat aku sedar. Manusia tak semestinya berada di atas. Dia bebaskan aku dari Sam. Aku... terhutang budi dengan dia!”
            Si suara sumbang ketawa. “Tapi tetap budak tu dah rosakkan nama kelas kita. Budak tu tak guna sebenarnya.”
            “Fawzan!” Sir Felix naikkan suara.
            Sufian pandang tempat duduk di sebelahnya. Tak ada lagi manusia yang dia nak kacau. Fisha tekan-tekan pensil mekanikal cuba cari jawapan untuk soalan add math. Tak betah nak dengar dia orang berdebat pasal Raqib. Marwah ketap bibir. Sebab aku... semuanya sebab aku.
Sofia lukis sesuatu di atas tanah dengan ranting kayu di depan rumahnya. Protes dengan abangnya, Syukur.
            “Masuklah Sofia, hujan kan. Abang tak dapat beli apa yang Sofia nak.” Syukur tarik tangan Sofia, Sofia merengek.
            “Sofia nak ikut abang. Sofia tak nak apa-apa, Sofia nak ikut abang je.”
            Syukur gendong Sofia masuk ke dalam rumah. “Janganlah degil.”
            “Tak nak!” Sofia tendang-tendang kakinya cuba lepaskan diri dari Syukur.
            “Sofia...” Sofia panggung muka.
            “Kakak!” Syukur mengeluh lalu lepaskan Sofia. Sofia lari sebelum peluk erat tubuh Marwah.
            “Kakak... jangan tinggalkan Sofia.” Marwah ketap bibir sambil usap rambut Sofia yang panjang paras pinggang. Rasa sebak dekat dada.
            “Kakak nak apa datang sini?”
            “Kau orang dah makan?”
            “Kakak nak sibuk hal kita orang kenapa? Kakak tak puas lagi apa yang kakak dah buat dekat abang kita orang?” Marwah mengeluh. Syukur jeling Marwah sebelum masuk ke dalam rumah. Sungguh Syukur tak dapat terima apa yang dah jadi. Dengan keadaan neneknya yang tiba-tiba kritikal bila dapat tahu tentang Raqib.
            Sofia lepas Marwah dari pelukanya. “Kakak... boleh bawa abang Sofia balik... kan?”
            “Kakak?” Marwah ukir senyum paksa. Apa aku dah buat?
Marwah tarik kerusi sebelum duduk menghadap meja study. Buku Fizik dicapainya lalu dibelek ke halaman yang di lipat. Pen biru diputar-putar sambil fikir jawapan tapi otaknya Marwah kosong. Tak dapat nak berfikir dengan betul.
            Aku tak pernah penat dengan semua benda yang aku dah lalui biarpun, ia agak menyakitkan untuk aku. Kau kena teruskan hidup, kau kena tabah dengan segala ujian Marwah.
            Tiba-tiba, kata-kata Raqib terlintas di fikiran Marwah. Bawah bibir dia ketap sebelum pandang teddy bear pink di atas meja. Mata dia pejam sebelum celik semula. Pipi yang dah basah dia biarkan. Teddy bear dia sambar sambil peluk erat teddy bear sebelum sembam kepala atas meja.
Raqib... maafkan aku. Aku rindu kau. Rindu sangat...
Marwah ketap bibir sambil pandang Fisha yang tengah duduk menghadap Raqib di ruang ICU. Niatnya nak masuk dia batalkan. Masih tak mampu nak hadap Raqib.  Marwah duduk di bangku bersebelahan ICU.
            “Puas hati kau?” Marwah panggung muka.
            “Fisha...”
            Fisha goncang-goncang bahu Marwah. “Kau tahu kan aku suka dekat dia! Aku baru je nak confess dekat dia tapi kau? Kau yang buat dia jadi macam tu. Sebab kau dia kena tikam! Kau musnahkan impian dia.” Marwah bangkit dari duduk seraya peluk erat tubuh Fisha.
            “Fisha... aku. Aku minta maaf.”
            “Kau tahu kan... aku selalu cerita dekat kau kan. Aku suka dekat dia. Dia selalu... bagi aku semangat bila aku down, dia selalu hiburkan hati aku bila aku risau tentang ibu aku. Tapi...” Fisha pandang Marwah.
            “Aku kan ada Fisha.”
            “Tapi... kau tak akan rasa apa yang aku rasa. Kau dengan Pian keluarga berada. Cakap je apa yang kau orang nak. Sekejap je dah ada, tapi aku? Aku rasa apa yang Raqib rasa. Begitu juga dengan Raqib. Kau tak pernah rasa bila ayah kau tinggalkan kau macam tu je. Kau tak pernah rasa takut bila orang yang kau sayang kena hadap dengan kematiaan!” Fisha tinggalkan Marwah yang mati kata. Sufian yang perhatikan dari jauh mengeluh.
            Marwah pandang ruang ICU dari luar. Dah dua minggu... Raqib masih terlantar tak sedarkan diri.
Bunyi monitor jantung kadang-kadang buat Marwah rasa takut. Bila-bila masa je monitor tu boleh bertukar jadi satu garisan panjang. Ventilator yang dipasang pada Raqib buat nafas Raqib kedengaran. Ventilator yang bantu Raqib untuk terus bernafas. Marwah pandang Raqib sebelum ukir senyum.
            “Kakak... betul ke abang dah penat, sebab tu dia tidur lama sangat?”
            “Sape cakap macam tu dekat Sofia?” Sofia pandang Marwah.
            “Abang Syukur dengan nenek cakap macam tu. Dia orang kata abang Raqib nak rehat sebab tu dia tidur lama sangat.” Marwah usap pipi Sofia.
            “Ermm... betullah apa yang dia orang kata. Sebab tu abang syukur tak bawa Sofia jumpa abang Raqib. Dia tak nak Sofia ganggu abang Raqib.” Sofia ukir senyum sebelum kalih pandang Raqib. “Abang... cepatlah bangun. Dah lama abang tak bawa Sofia main layang-layang dekat padang.”           
            Marwah ukir senyum paksa sambil kesat air matanya lembut. “Bangunlah... kejarlah impian kau. Aku minta maaf...”
“Marwah...”
            Marwah pandang Sufian yang tengah jogging di sebelahnya.
            “Apa?”
            “Kau dah sedia ke? Nak tempuh SPM.” Marwah ketawa.
            “Sedia ke tak sedia kau kena tempuh jugak kan benda tu.” Sufian ukir senyum sebelum duduk di bangku. Marwah membuntuti dari belakang sebelum teguk air mineral.
            “Kau... dengan Fisha dah ok?’ Marwah mengeluh.
            “Aku buat crush dia terlantar macam tu. Memanglah dia marah aku.”
            “Kau tak pe ke? Kau dengan sahabat kau suka dekat orang yang sama?” Sufian cuba tangkap umpan.
            “Kau mencarut apa do?” Sufian ketawa.
            “Apa kau ingat aku tak tahu kau suka dekat Raqib.”
            “Kau merepek apa, gila?”
            “Ish... aku kenal kau dari darjah satu eh. Kau boleh sorok dengan orang lain tapi dengan aku kau jangan. Aku nampaklah, gila. Kau selalu ambil berat tentang keluarga dia. Kau buat dia berubah. Dulu awal-awal masuk, asyik ponteng je kerjanya tapi kau asyik tarik dia untuk study sampai dia join kita punya study group.”
            Marwah duduk di sebelah Sufian sambil pandang tasik.
            “Aku buat macam tu sebagai seorang ketua kelas yang bertanggungjawablah. Tak lebih. Kau tak payahlah fikir bukan-bukan. Lagipun takkan aku nak suka dekat orang yang buat Fisha selalu bersemangat. Aku bukan jenis yang akan suka seseorang yang sahabat aku sukalah. Tak mainlah macam tu, suka dengan orang yang sama.” Sufian senyum senget sebelum ketuk kepala Marwah.
            “Sakitlah!” Marwah kerut dahi.
            “Mana sakit? Hati kau atau kepala kau?” Marwah jeling Sufian.
            Marwah tak jawab soalan Sufian. Sufian mengeluh.
            “Tak boleh ke aku ganti dia dalam hati kau?” Marwah telan liur sebelum pandang Sufian. Sufian pandang Marwah, wajah serius.
            “Apa kau mencarut gila.”
            “Aku suka dekat kau. Aku suka kau lebih dari seorang kawan,” luah Sufian buat Marwah tercengang.
Sufian Confess aku?!
Marwah senyum nipis bila dia nampak Fisha baru nak duduk di sebelahnya. Fisha jeling Marwah.
            Marah aku lagi?
            “Raqib dah sedar,” ujar Fisha, senada.
            Marwah pandang Fisha. Nafas lega dia hembus. “Ye? Syukurlah. Kau kena confess dia cepat-cepat.”
            Fisha pandang Marwah dengan muka serius. Seyum Marwah mati. Fisha ukir senyum sebelum peluk erat tubuh Marwah. “Kau nangis?”
            Fisha diam. Bunyi esak tangis Marwah dengar. “Aku terharulah. Semalam masa dia sedar dia senyum dekat aku biarpun dia masih sakit. Lepas tu dia kata terima kasih sebab sentiasa bagi dia semangat untuk bangun.” Sufian kalih belakang, pandang Marwah.
            Marwah ketawa. “Janganlah nangis, dia dah sedar. Kan?”
            “Balik sekolah nanti kita lawat dia, eh?” Marwah angguk.
            “Aku join.” Marwah pandang Sufian. Masih kaget dengan confession Sufian semalam.
            Kenapa aku tak pernah sedar yang kau selalu ada untuk aku Pian?
“Kau memang gila. Masuk campur hal aku sampai kena tikam. Koma dua minggu. Apa kau ingat nyawa tu mainan ke?” Bebel Marwah.
            Raqib pandang Marwah yang tak habis-habis membebel sebelum ketawa. Dahinya berkerut sambil lekap tangan pada luka yang berbalut.
            “Sakit?”
            Raqib berhenti ketawa. Makin banyak gerak makin senak rasanya. “Sakitlah gila.”
            “Tahu sakit. Aku cakap benda serius kau buat main je.” Raqib ukir senyum.
            “Aku lega bila nampak kau tak ada apa-apa. Aku dah kata kan, aku akan lindung kau dari dia orang,” suara Raqib masih jelas lemah. Marwah angguk.
            “Thank you, aku hutang nyawa dekat kau... kan?”
            “Tak... janganlah cakap macam tu. Aku buat semua tu untuk kau. Kau dah kata kan... apa guna seorang kawan kalau dia tak dapat bantu kawan dia yang tengah susah. Lagipun... aku tak nak Sofia sedih kalau kakak dia ni ada apa-apa.” Marwah pandang Raqib. Terharu bila ada orang berkorban untuk dia.
            “Kau jangan nak menangis depan aku eh. Cukuplah hari tu.” Marwah ketawa.
            “Raqib! Kau dah makan?” Fisha dan Sufian muncul sebelum Fisha tuang air ke dalam cawan seraya hulur kepada Raqib.
            “Aku tak makan lagi... kau?”
            “Habis tu, makanan atas meja kau tu. Pandang je?”
            “Aku dah lama tak borak dengan leader,” wajah Fisha berubah. Mamat ni suka dekat Marwah ke sampai asyik sangat borak dengan Marwah?
            “Makanlah Raqib. Kau dah lama tak makan,” pelawa Sufian sambil buka plastik yang membungkus lauk.
            Marwah keluar dari wad. Aku tak nak buat Fisha sedih lagi. Aku... akan korbankan apa yang aku rasa untuk dia.
Persekitaran sekolah sibuk bila keputusan SPM dah diumumkan.
            “Ah... kau kalahkan aku lagi ya Raqib?” Weng mengeluh sambil pandang slip Raqib.
            “Sama jelah Weng. Apa yang beza?” Weng panggung muka pandang Raqib.
            “Kau dapat tiga A+ kot. Aku? Satu A+ pun tak ada.” Raqib ketawa.
            “Chill lah. Kau pass kan. Straight A pulak tu,” pujuk Raqib. Weng tetap muncung.
            Fisha hembus nafas lega. Sufian ralit berborak dengan rakan sekelas yang lain. Marwah ukir senyum. Ya... semua dah dapat apa yang diinginkan. Harap kau orang dapat capai impian yang kau orang impikan.
            “Eh kau orang jom tangkap gambar sama-sama,” ajak Cikgu Mariam pada anak-anak muridnya. Anak-anak muridnya menurut. Cikgu Mariam duduk di kerusi dikelilingi dengan anak muridnya yang lain. “Congrats,” ucap Raqib pada Marwah.
            “Kau pun. Top 3 kot.”
            “Bantuan kau jugak. Kau buat aku sedar.”
            “Oh ya... kapten?” Raqib pandang Marwah yang tengah ukir senyum.
            “Kapten?” Marwah angguk. “Bukan kau nak jadi pilot ke?”
            “Sape bagi tahu kau?”
            “Adik akulah. Sofia.” Raqib ketawa. “Adik kau eh.”
            “Rapat-rapat sikit, kalau boleh Fisha ganti tempat dengan Marwah baru nampak cun.” Fisha pandang Weng. Weng sengih.
            “Bukan kau couple dengan Raqib ke Fisha?”
            Cikgu Mariam kalih belakang pandang Fisha dan Raqib silih berganti. “Seriously?”
            “Percaya sangatlah cikgu dengan Weng tu,” ujar Sufian.
            Marwah buat-buat tak dengar. Buat sakit hati je kalau dengar Weng mencarut.
            Memanglah dia cemburu dengan apa yang dah jadi antara Raqib dengan Fisha biarpun dia cuba tahankan hati.
Encik Rahim pandang Raqib yang duduk bertentangan dengannya. Mungkin ini masanya untuk Raqib tahu benda yang sepatutnya dia tahu. Encik Rahim menyisip cawan sebelum hulurkan sekeping gambar pada Raqib.
            Raqib pandang Encik Rahim sebelum sambut sekeping gambar. Gambar hitam putih. Terpempang seorang gadis muda dan seorang pemuda. Raqib telan liur, pahit. Macam tak percaya aje apa yang dia nampak dalam gambar tu.
            “Mak...”
            “Tu gambar mak kamu... kan? Dan lelaki tu. Lelaki tu ialah saya.” Raqib panggung muka.
            “Maksudnya?”
            Encik Rahim duduk tegak. “Raqib... saya nak bagi tahu kamu sesuatu. Perkara penting yang kamu perlu tahu. Kenapa saya tak benarkan Marwah berkawan dengan kamu. Saya nak bagi tahu semuanya.”
            Raqib rasa ada satu rahsia besar yang dirahsiakan dari dia.
            Ada apa antara aku dengan Marwah? Ada apa antara Cikgu Rahim dengan mak?

            Raqib bungkam.

Part 2 coming soon...

2 ulasan:

  1. Omaigosh rasa nak ngis.. takkanlah raqib abang/adik marwah? uwaaa rasa nak nangiss T^T btw best huhu (Y)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapikan bukan ke ayah raqib tu masuk penjara? huhu byk tanda tanya~

      Padam

Ask Me